Wednesday, November 24, 2010

struktur kulit

1.0.      STRUKTUR KULIT

Kulit terdiri daripada tiga lapisan utama iaitu epidermis, dermis dan lapisan subkutaneus.


1.1.        Epidermis
Epidermis ialah bahagian paling luar dan kebayakannya merupakan sel mati.  Lapisan epidermis terdiri daripada lima lapisan iaitu:
a)Lapisan korneum
b)Lapisan lusidum
c)Lapisan granulosum
d)Lapisan spinosum
e)Lapisan germinativum



a) Lapisan korneum
·      Dikenali juga sebagai lapisan sisik yang terdiri daripada sel-sel yang sudah mati.
·      Lapisan epidermis yang paling luar.
·      Lapisan ini sentiasa digantikan dengan lapisan baru yang tumbuh dari lapisan bawahnya.
·      Sel ini dibina dari keratin lembut yang disebut keratinosit.

b) Lapisan lusidum
·      Dikenali juga sebagai lapisan jernih.
·      Lapisan ini berada di bawah lapisan korneum.
·      Mengandungi sel jernih kecil yang lutsinar.
·      Lapisan ini cuma terdapat di tapak tangan dan kaki.

c) Lapisan granulosum
·      Dikenali juga sebagai lapisan granular.
·      Lapisan ini berada di bawah lapisan lusidum.
·      Selnya leper dan mengandungi satu hingga tiga lapisan sel berbentuk butir – butir pasir.
·      Keratin dibina pada lapisan ini.

d) Lapisan spinosum
·      Dikenali juga sebagai lapisan sel berduri.
·      Lapisan ini berada di bawah lapisan granulosum.
·      Sel-sel ini bersambung di antara satu sama lain dengan bebenang  yang
     mengandungi protolasma.
·      Mengandungi tiga hingga enam lapisan sel.

e) Lapisan germinativum
·         Lapisan ini berada di bawah lapisan spinosum.
·         Mengandungi satu lapisan sel sahaja.
·         Ia merupakan lapisan hidup tempat berlakunya proses mitosis atau pembahagi sel.
·         Sel baru inilah yang menggantikan sel lama yang sudah mati.
·         Lapisan germanativum merupakan lapisan epidermis paling dalam yang bersentuh dengan lapisan dermis.
·         Lapisan ini mendapat bekalan makanan daripada salur darah dalam lapisan dermis.
·         Terdapat sel melanin dan melanosit pada lapisan germanativum ini. Sel tersebut mempengaruhi perbezaan warna kulit serta melindungi kulit daripada sinar ultralembayung.



1.2.        Dermis
Dermis merupakan kulit dalam yang terletak di bahagian bawah epidermis iaitu merupakan satu lapisan tisu penyambung hidup dan adalah lebih tebal daripada epidermis.  Lapisan dermis terdiri daripada dua lapisan iaitu:
a) Lapisan papila
b) Lapisan retikulum

a)    Lapisan papila
·      Dikenali juga sebagai lapisan papilari
·      Lapisan ini terletak di bawah epidermis.
·      Lapisan ini adalah nipis.
·      Di sini terdapat gentian kolagen yang elastik.
·      melanin juga terdapat di dalam lapisan ini. Melanin adalah untuk menentukan warna kulit seseorang.

b)   Lapisan retikulum
·      Lapisan ini berada dibawah lapisan papila.
·      Mengandungi gentian protien yang menyebabkan kulit kenyal.
·      Kerosakan pada gentian ini akan menyebabkan kulit berkedut dan menjadi lebih tua.

1.3.        Lapisan subkutaneus
·      Merupakan lapisan tisu lemak yang terletak di bawah lapisan dermis.
·      Mengandungi tisu adipos atau lemak atau subkutis.
·      Melindungi dan membekalkan tenaga kepada badan.
·      Memberikan kontor dan bentuk kepada badan.
·      Ketebalan lapisan ini berbeza – beza mengikut umur, jantina dan kesihatan seseorang.

2.0.      FUNGSI KULIT

Fungsi – fungsi kulit terdiri daripada:

a)    Perlindungan
·      Kulit membentuk satu lapisan terus menerus yang bertugas sebagai pelindung.
·      Ia mencegah bakteria atau kuman daripada masuk ke dalam badan serta mencegah kehilangan darah dan air yang berlebihan kerana ia adalah kalis air.
·      Jerawat, bisul, puru dan penyakit kulit yang lain akan mudah terjadi jika kulit tidak sihat. Seterusnya bakteria mungkin akan masuk ke bahagian badan yang lebih dalam.

b)   Mengawal suhu badan
·      Pembekalan darah yang banyak ke lapisan kulit  serta terdapatnya kalenjar peluh memainkan peranan penting untuk  mengawal suhu badan.
·      Kulit mengawal suhu badan dan mengekalkan suhu pada 37°C atau 98.6°F melalui proses pengembangan dan pengecutan salur darah.
·      Kulit akan berpeluh apabila badan berasa panas. Peluh ini akan sejat dan seterusnya badan akan menjadi dingin.
·      Lapisan lemak pada tisu subkutaneus berfungsi sebagai penebat dari persekitaran luar yang sejuk.

c)    Kepekaan
·      Kulit mempunyai saraf deria untuk mengesan haba, sejuk, sentuhan, tekanan dan kesakitan.

d)   Perkumuhan
·      Kalenjar peluh mengumuhkan bahan buanagn seperti asid laktik, urea, air dan garam.

e)    Rembesan
·      Kalenjar minyak merembeskan sebum yang berfungsi melindungi, melembutkan kulit dan rambut.

f)     Penyerapan
·      Kulit boleh menyerap sedikit hormon dan bahan lemak melalui liangnya samada bahan kimia ataupun krim.

g)   Pembentukan Vitamin D
·      Sinar ultrabayung atau sinaran matahari bertindakbalas ke atas esgosterol di lapisan epidermis akan menghasilkan Vitamin D.

1 comment:

  1. Menangkan Jutaan Rupiah dan Dapatkan Jackpot Hingga Puluhan Juta Dengan Bermain di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    -Situs Aman dan Terpercaya.
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor Dana & Tarik Dana Akan Diproses Dengan Cepat (Jika Tidak Ada Gangguan).
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5% (Disetiap Harinya)
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Pelayanan Ramah dan Sopan.Customer Service Online 24 Jam.
    - 4 Bank Lokal Tersedia : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    8 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar66

    Info Lebih Lanjut Hubungi Kami di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    ReplyDelete