Wednesday, November 24, 2010

asas penampilan diri


Cara seseorang wanita itu berpakaian adalah penting  agar ia di lihat oleh masyarakat sebagai seorang yang mempunyai keperibadian yang baik. Oleh itu seseorang itu haruslah pandai memilih pakaian yang besesuaian dengan dirinya dan yang paling penting berdasarkan bentuk badan. Untuk kelihatan lebih menarik pilihlah baju yang bersesuaian dengan bentuk badan, warna kulit, perwatakan, masa dan umur.



PEMILIHAN PAKAIAN YANG SESUAI DENGAN BENTUK BADAN


1) TUBUH YANG TINGGI DAN KURUS

Tujuan:
    Untuk mengimbangkan ketinggian dengan menambahkan kelebaran badan.

Panduan:
1.Pilih kain bercorak jalur melintang.
2.Pilih perhiasan seperti tali pinggang lebar yang bertentangan warna dengan warna pakaian. Skirt dan seluar eloklah mempunyai kocek di bahagian punggung manakala baju biarlah labuh.
3.Untuk menutup leher yang kurus dan panjang, pilih baju yang berkolar tegak atau mempunyai renda berkedut atau gunakan selendang yang lembut.
4.Untuk menutup lengan yang kurus, pilihlah baju yang berlengan panjang dan kembang.
5.Pilih kain berwarna terang dan garang.
6.Pilih skirt  kembang yang diperbuat daripada kain lembut dan baju berasingan serta bertentangan warna.
 7.Elakkan memilih kain yang kasar atau berat.

2) TUBUH YANG TINGGI DAN GEMPAL

Tujuan:
   Untuk memberi ilusi pandangan kegempalan badan tanpa menambahkan ketinggian.

Panduan:
1.Pilih kain berjalur tegak yang tidak putus-putus dan warna yang bertentangan untuk skirt yang berpesak  dua atau berpesak empat.
2.Pilih baju yang tidak sendat atau kembang.
3.Pilih baju yang garis lehernya jauh daripada muka.
4.Pilih kain yang berwarna sederhana.
5.Pilih kain yang sederhana tebalnya.
6.Pilih corak yang sederhana besarnya.


3) TUBUH YANG PENDEK DAN KURUS

Tujuan:
    Supaya kelihatan tinggi dan menampakkan badan berisi sedikit.

Panduan:
1.Pilih kain berjalur tegak dan mempunyai fesyen berkedut.
2.Pilih baju yang mempunyai garisan ’princess’
3.Tutup leher yang kurus dengan baju berkolar tegak.
4.Pilih skirt berpesak.
5.Pilih baju berlengan panjang.
6.Pilih tali pinggang yang berwarna bertentangan dengan warna baju untu menambahkan kelebaran dan menunjukkan pinggang yang ramping.
7.Pilih baju satu warna sahaja dan tambah perhiasan ringan yang berpadanan.
8.Pilih kain yang lembut, ringan atau sederhana berat dengan corak kecil.

4) TUBUH YANG PENDEK DAN GEMPAL

Tujuan:
    Supaya kelihatan lebih tinggi.

Panduan:
1.Pilih kain berjalur tegak.
2.Pilih baju yang mempunyai garisan ’princess’ dan mempunyai sekeping panel hadapan yang lurus.
3.Lindungkan punggung dan betis yang lebar dengan skirt  yang agak kembang.
4.Pilih fesyen pakaian yang ringkas dan separuh sendat.
5.Pilih pakaian yang mempunyai leher berbentuk ’V’ atau ’U’ untuk menarik perhatian  pada muka sambil memberi gambaran lampai.
6.Elakkan memakai tali pinggang atau pakaian yang berasingan.
7.Pilih kain satu warna.
8.Pilih kain yang lembut dengan corak yang berbalam-balam.




    1 comment:

    1. Menangkan Jutaan Rupiah dan Dapatkan Jackpot Hingga Puluhan Juta Dengan Bermain di www(.)SmsQQ(.)com

      Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
      -Situs Aman dan Terpercaya.
      - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
      - Proses Setor Dana & Tarik Dana Akan Diproses Dengan Cepat (Jika Tidak Ada Gangguan).
      - Bonus Turnover 0.3%-0.5% (Disetiap Harinya)
      - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
      -Pelayanan Ramah dan Sopan.Customer Service Online 24 Jam.
      - 4 Bank Lokal Tersedia : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

      8 Permainan Dalam 1 ID :
      Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar66

      Info Lebih Lanjut Hubungi Kami di :
      BBM: 2AD05265
      WA: +855968010699
      Skype: smsqqcom@gmail.com

      ReplyDelete